Terma & Syarat
1. Sebagai
orang yang memesan anda harus bersetuju dengan segala terma dan
syarat dari kami, seperti yang tertera dalam dasar Privasi.2. Kami
akan melakukan tindakan tegas mahupun kepada ahli yang berdaftar di
website ini atau bukan, jika memang terbukti telah melakukan kesalahan
yang merugikan pihak kami atau pihak-pihak lain, baik dari segi kewangan
mahupun lain. Bentuk tindakan tegas tersebut boleh berupa teguran, amaran, atau laporan kepada pihak yang berwajib.3. Pesanan
produk dari calon pembeli diproses paling cepat dalam tempoh 24 jam selepas kami menerima bayaran dari calon pembeli, atau paling lama 2 minggu. Ini membolehkan bagi pihak anda untuk menukar senarai tempahan anda atau mengurangkan kuantiti tempahan.4. Tempahan boleh dibatalkan atau diubah, jika memang pihak kami belum melakukan proses apa-apa pun terhadap produk yang ditempah. Perubahan atau pembatalan tempahan boleh disahkan melalui tel / sms +6019-3841502. Adalah
hak kami untuk menolak pembatalan atau perubahan dari calon pembeli
jika memang produk yang ditempah sudah dipacking dan bersedia untuk
dihantar atau bersesuaian dengan kesepakatan bersama (win win solution).5. Kami
tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan yang ditimbulkan kerana
perkhidmatan penghantaran produk (seperti hilangnya produk, kerana huru
hara, kerana bencana alam, dsb). Kami akan selalu memeriksa dan meneliti isi produk sebelum kami melakukan packing. Proses packing kami lakukan dengan cara yang sebaik-baiknya.6. Kami berhak menolak pengembalian produk dari pemesan tanpa alasan yang benar. Kecuali
jika memang produk yang ditempah adalah cacat (dalam erti bukan dari
kesalahan perkhidmatan penghantaran seperti terbuka, dsb. Tetapi cacat
kerana produk sudah expired atau hilang salah satu halaman buku, dan
sejenisnya) atau tidak sesuai pesanan (salah kiriman). Semua perbelanjaan dalam proses pengembalian adalah dikenakan kepada pembeli. Atau sesuai dengan kesepakatan antara kami dengan pembeli (win win solution).7. Adalah hak kami untuk menukar terma dan syarat perkhidmatan ini pada bila-bila masa, baik penambahan mahupun pengurangan. Oleh
kerana itu kami mencadangkan anda agar secara teratur tetap
memperhatikan semula terma dan syarat perkhidmatan ini ketika anda
melayari website ini di masa-masa yang akan datang.
Subscribe to:
Comments (Atom)